Miri Marudi Road Rehabilitation Infographic_media

Kerja-kerja naik taraf Jalan Miri-Marudi dahului jadual

Kuching (Sarawak), Jumaat, 13 Oktober 2017 – CMS Roads Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa kerja-kerja naik taraf jalan raya sepanjang 43.2km yang menghubungkan Miri dengan Marudi berjalan lancar, mendahului jadual asal 30-bulan. Setakat 25 September 2017, kerja naik taraf  jalan raya yang dijadualkan 12.53% siap, kini 30.80% siap – kira-kira 18.27%  lebih awal berbanding jadual asal.

Kerja-kerja naik taraf ini bermula pada 15 September 2016, dan memandangkan perhatian mendalam orang ramai terhadap kerja naik taraf jalan raya hubungan ini berikutan keadaannya yang tidak memuaskan serta jalan ini menjadi semakin penting, pada bulan Mac 2017, CMS Roads secara sukarelanya menyediakan laporan terkini kemajuan projek untuk setiap suku tahunan

Mengulas mengenai  laporan terkini  ketiga kerja-kerja naik taraf ini, Pengarah CMS Roads, Dato’ Richard Curtis berkata, “Kami sukacita melaporkan bahawa walaupun berdepan dengan banyak cabaran seperti kedudukan terpencil  jalan yang menyukarkan penghantaran bahan,  cuaca, isu pampasan tanaman dan terpaksa membuka sebanyak mungkin laluan kepada pengguna ketika kerja naik taraf sedang berjalan, kami berada berminggu-minggu di hadapan jadual. Dalam melaksanakan jadual dan mendahului sasaran projek, kami telah mempertimbangkan dengan teliti jenis-jenis kenderaan yang menggunakan jalan raya ini dan impak mereka  ke atas  kerja-kerja pemajuan dan naik taraf jalan raya. Selepas 12 bulan projek ini dilaksanakan, tumpuan utama kami adalah memastikan kerja-kerja naik taraf ini berdaya tahan supaya jalan ini selamat digunakan oleh pengguna jalan raya di antara Miri dan Marudi serta memenuhi matlamatnya..

Laporan terkini  projek setakat 25 September 2017:

  • Kemajuan Fizikal Berjadual untuk Naik Taraf Jalan: 12.53%
  • Kemajuan Fizikal Sebenar: 30.80%
  • Lebih Awal dari Jadual sebanyak 18.27%
  • Penurapan Pracampuran Selesai: 15.83 km
  • Asas Jalan Selesai: 18,68 km
  • Pembentung Paip Konkrit Bertetulang: 12 daripada 21 telah disiapkan
  • Peparitan Tepi Jalan: 8km siap (kedua-dua belah jalan)
  • JKR dan Jabatan Tanah & Ukur membantu dalam hal-ehwal tanah yang masih tertangguh

Laporan terkini CMS Roads seterusnya untuk projek ini dijadualkan pada awal 2018.